Wednesday 26 December 2012

Wednesday 9 May 2012

KAU PERGI JUA....




Burung masih berkicauan. Rama-rama itu terus mencari madu untuk meneruskan kehidupan. Semut-semut masih terus bekerjasama mencari makanan untuk terus hidup. Awan masih terus berarak mengikut haluan angin. Masa terus berjalan tanpa berhenti. Segala-galanya terus bergerak ke hadapan. Begitu juga aku. Terus maju kehadapan walaupun tanpa dia. Apa yang pasti aku terus berjalan tanpa ditemani dia lagi. Walaupun tanpa dia tapi apa yang aku pasti aku bukan keseorangan. ALLAH sentiasa menemani setiap langkah aku. Tiada apa yang akan setia bersama kits. Hanya ALLAH. DIA lebih mengerti hati hambanya. DIA juga tidak pernah meninggalkan hambanya. DIA sentiasa memerhati dan terus memerhati. 

Disetiap hari kehadirannya begitu menceriakan. Hari-hari yang kulalui begitu indah ditemaninya. Setiap dia akan memberi nasihat kepadaku. Dia akan ucapkan kata cintanya pada diriku. Dia menjaga aku dengan baik. Terlalu baik. Aku yakin. Dia yang terbaik buat diriku ini. Dia punya sifat yang cukup sempurna sebagai seorang penjaga dan pembimbing kepada diriku. Dia banyak menegur aku dengan segala perkara kebaikan. Begitu tulus cintanya buat diriku. Pada mulanya aku ragu-ragu pada cintanya.setelah ku perhatikan dirinya. setelah aku perhatikan sikapnya akhirnya aku mempercayai dirinya. Sesungguhnya tidak pernah aku bertemu dengan lelaki seperti dia. Setiap kali melihat wajahmya aku tersenyum lega kerana dia sentiasa bersama aku.

Hari-hari yang aku jalani bersamanya sungguh indah. Tidak pernah aku merasa sebegitu bahagia sekali. Aku berdoa pada ALLAH semoga DIA kekalkan hubungan kami ini. Itu yang aku sering memohon kepadaNYA. Namun sebagai hambaNYA segala yang dirancang semuanya akan di tentukan olehNYA. Sampai satu saat..................

Dia mula berubah. Dia mula tidak mempedulikan aku lagi. Aku berasa hairan. Dia mula jauh dari diriku. Aku sering tertanya-tanya. Kadang kala aku juga tidak memahami apa yang berlaku. Aku perlukan  jawapan. Aku cuba menyingkap sedikit demi sedikit rahsia. Makin lama makin banyak rahsia terbongkar. Akhirnya aku sedari dia telah menemui insan lain untuk hidupnya. Mengapa? Mengapa begini jadinya di penghujung cinta kita?? Mengapa? Mengapa? Apa salah aku pada kau? Sanggupkan kau permainkn hati dan perasaan aku. Aku redha walau hati aku terluka. Aku telan walaupun terlalu sukar untuk aku menelannya. Bila aku tanya kau cakap aku ni kolot. Apa namanya jika keluar dengan perempuan lain balik smpi pukul 6 7 pagi? Kemana kau pergi? Kalau sekali takpe tp kau keluar hari-hari smpai subuh baru balik. 

Bila aku inginkan kebenaran, kau mula menggelabah. Kau mula putar belit. Kau mula bagi seribu satu alasan yang tak masuk akal. Apa lagi yang harus aku pertahankan? Bila aku ajak jumpa semuanya tak boleh. Aku masih lagi menyanyangi kau. Seteruk mana pun kau aku tetap beri peluang untuk kau. Tetapi kau terus putuskan hubungan kita. Aku terpaksa menerimanya. Aku redha kalau itu yang boleh membahgiakan kau. Aku terimasemuanya dengan hati yang terbuka. Mungkin hari ini hari kebahagiaan buat kau. Esok lusa mungkin nasib aku untuk terus hidup bahagia. Tiada siapa yang tahu. Hanya ALLAH yang tahu perjalanan hidup aku. Hanya ALLAH yang akan membawa haluan diriku ini. Aku juga akan terus berusuaha.

Aku tidak mehu menentang takdir ALLAH itu sendiri. Kau perlu tahu niat aku ikhlas mencintaimu. Begitu juga aku ikhlas melepaskanmu. Aku tidak pernah berdendam dengan kau. apa yang aku inginkan hanyalah melihat kau bahagia. Terima kasih cinta kerana kau beri peluang pada aku merasa cinta yang sebenar. Cinta yang sentiasa memberikan aku senyuman dan ketawa. Terima kasih. Mungkin bukan jodoh kita dan aku memahaminya. Akhirnya kau pergi jua...............                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                          

BUAT SANG PENCINTA



Wahai Sang Pencinta,

Ku tahu hatimu jujur dan ikhlas menyanyangiku. Namun, apakah cinta kita ini diredhai oleh yang Maha Esa? Fikrkanlah. Sejauh mana kita berlari jika tiada jodoh antara kita, kau tidak akan menjadi milikku. Aku tak pernah menyalahkan dirimu sang pencinta. Ketahuilah bahawa jika kau mencintaiku kerana apa adanya aku bukan kerana hatiku maka aku amat kecewa dengan segala sikapmu.

Wahai Sang Pencinta,

Sebelum kau mencintai aku, cintailah yang Maha Esa. Sesungguhnya cinta kepadanya tidak akan menberi kekesalan kepada dirimu. Ketahuilah wahai sang pencinta, ikhlaskan dirimu menghadap yang Maha Esa, cintai DIA melebihi segala-galanya. Nescaya kau akan sentiasa mendapat petunjuk daripaNYA. Sesungguhnya kau dapat merasakan manisnya nikmat mencintai-NYA. Jika engkau telah merasai nikmat menyintai yang Maha Esa, InsyaAllah kau bisa hidup dalam jalan keredhaannya. Carilah keredhaan daripadaNYA sebelum kau mencintai aku. Aku ingin kau ikhlas dalam hubungan dan kau bisa membimbingku. Jika kau ikhlas mencintai yang Maha Esa kau pasti kau tahu batas mencinai seorang manusia.

Wahai Sang pencinta, 

Jujurkah hatimu mencintaiku?? Cintailah aku kerana DIA. Redhalah atas suratan yang telah ditentukan oleh-NYA. Mungkin apa yang berlaku ini ada hikmahnya.Allah tidak menjadikan sesuatu tanpa sebab. Sesungguhnya yakini lah pada takdirNYA. Nescaya kau tidak akan menyesal....

SEPARUH JIWAKU PERGI....



Masih ku ingat kali pertama kita mula berkenalan. Antara aku dan kau terasa asing sekali. Kau IM aku di facebook. Dari situ kita bercerita tentang diri kita, tentang kehidupan kita. Walaupun baru kali pertama dan tak pernah lagi bersua muka, kau bisa membuat aku berasa begitu selesa dengan dengan dirimu. Then, kau mintak nombor telefon aku. Aku bagi sahaja kerana aku yakin kau seorang yang amat baik. Dari situ kita selalu chat sama. Setiap tutur kata kau ketika bercakap benar-benar buat aku jatuh pada dirimu. Namun aku tak bisa mengungkapkan kata cinta kepadamu kerana bagi aku masih terlalu awal untuk membicarakan tentang cinta antara kita. 

Aku tidak tahu bagaimana setelah kita mula rapat, akhirnya kita ter’lost contact’. Mungkin kita sibuk dengan tugas seharian kita. Mungkin. Tapi alasan yang sebenarnya tiada siapa tahu mahu aku ataupun kau. Hanya Allah sahaja yang tahu. Namun perginya kau tak kurasakan satu kehilangan yang besar buat diriku. Kerana lama kelamaan aku terus melupakanmu, aku terus dibuai dengan peredaran masa yang aku sendiri tidak tahu ke mana akan aku dibawa. Hari-hari yang ku lalui sama seperti semalam. Tetapi cuma tanpa kau. Mungkin engkau juga telah melupakan siapa aku. Apa yang aku pasti di saat itu kita telah melupakan di antara satu sama lain. Itu sesuatu yang aku pasti.

Setelah agak lama kita terpisah, akhirnya kita bertemu kembali. Semuanya secara tak sengaja. Sedang aku membelek-belek Blackberry ku, aku check contact dekat whatapps. Aku lihat nama kau tertera sebagai contact aku. Dalam hati aku tertanya-tanya. “awak dah pakai blackberry jugak ke?” Lalu aku beranikan diri. Aku cuba menegurmu. Bermula dengan salam, akhirnya kau jawab juga chat aku. Then kau tanya aku siap. Aku pun jawab la. Then bila aku terang semuanya, baru kau ingat siapa aku. Dari situ kita mulal rapat. Kau mintak BB pin aku. Then kau add aku. Kita mula jadi rapat. Bila aku tanya dah ad gf ke, ko jawab takde. Aku berasa lega. Sebab kau masih belum jadi milik org. Aku bukan apa. Aku Cuma tak nak nanti aku pulak dituduh perampas. Aku tak suka.

Akhirnya kau lamar aku jadi girlfriend kau. Aku happy sangat- sangat. Kau baik sangat dengan aku. Kau selalu call aku. Kau betul-betul amik berat pasal aku. Di saat itu aku pasti dan yakin yang kau bisa menjaga aku dengan baik kelak. Kau juga bisa membimbing aku. Aku bahagia kau ada di sisi aku. Aku yakin cinta dan sayang kau ikhlas untuk aku. Bila berjumpa, kau betul-betul buat aku bahagia. Kau buat aku rassa diri dihargai. Kadang-kadang bila pandang wajah kau aku ingin saja mengalirkan air mata kerana aku tidak pernah merasa bahagia seperti apa yang aku rasakan dengan kau. Ada satu hari tu kau nyatakan hasrat kau ingin melamar aku. Kau ingin hidup dengan aku. Kau tahu tak betapa aku gembira sangat-sangat pada masa tu. Tiba-tiba air mata aku jatuh. Dalam hati aku hanya Allah yang tahu bagaimana rasa gembiranya hati aku ketika itu. Kau juga dah bersedia. Aku yakin kau bisa membei kebahagiaan kepada diriku.

Hari yang kita kita laluisama seperti hari-hari semalam. Cuma kulihat kau sudah mula jauh dariku. Aku tertanya-tanya. ‘Mengapa kau jaadi begini?’ada masalah ke?’ Malam-malam yang kulalui jarang di temani dirimu. Kadang-kadang kau datang, kadang-kadang kau hilang. Aku mulai rapuh. Tiap-tiap hari aku menunggu kau. Tiap-tiap hari aku berharap kau mendengar tangisan rinduku pada kau. Malah aku berdoa pada yang Maha Esa kembalikan kau yang dulu. Aku menyedari perubahan dirimu. Aku keliru. Aku inginkan jawapan sebenar. Aku tak mahu di seksa. Sakitnya aku yang rasa. Bukan kau yang rasa. Peritnya aku yang telan, bukan kau!

Satu hari, aku tergerak nak on9 fb aku yangh lagi satu.memandangkan dah nak dkt 4 bjulan aku tak on9, aku rasa lebih baik aku update fb aku lagi satu. Masa aku on9 aku tergerak hati nak bkak fb kau. Lalu aku taipkan nama dan search kau. Aku tengok ada perempuan tag pick at kau. Aku pun tengok la pic tu. Kat bawah ada tulis, LOVE TOGETHER. Aku terkesima! Speechless! Sedikit kecewa dengan kau. Lalu aku siasat dalam-dalam lagi. Aku buka fb perempuan tu aku tengok semua photo perempuan tu. Banyaknya pick au dengan die. Aku betul-betul terkejut. Terkejut sangat-sangat. Sedang aku tengok semua photo album perempuan tu, aku tertarik pada ALBUM ENGAGED! Lalu aku pun buka album tu. Semua gambar keluar. Di saat itu hanya Allah yang tahu apa yang aku rasa! Rupa-rupanya kau tunangan orang. Kenapa kau tipu aku???!!!! Aku tak dapat menahan sebak dalam diri aku lallu aku menangis. Dan disaat itu aku dpt bbm dari. Semuanya macam tiada apa-apa yang berlaku. aku terus menanyakan status sebenar kau! Aku tanya kau betul ke kau dah bertunang. Kau boleh cakap belum lagi. Bila aku cakap aku dah tahu segala-galanya dan aku dah Nampak dengan mata kepala aku sendiri kau cakap aku silap orang. Kenapa disaat macam ni pun masih nak menipu aku!! Kenapa??? 

Setelah aku merayu pada kau, akhirnya kau cerita jugak segla-galanya. Kau mengaku dah bertunang. Kau cakap lepas kau bertunang kau cakap kau macam dah tak de life lagi. Kau cakap kau selalu gaduh dengan dia. Apa buktinya? Kau cakap tunang kau suka mintak barang-barang branded! Kau cakap kau nak kawin dengan dia pun kau tak kumpul duit. Masih mengharapkan keluarga. Aku tengok kau keluar dengan die bahagia je. Setiap gambar memang macam sweet couple. Kau cakap kau terpaksa berlagak bahagia. Perlu ke aku percaya pada kata-kata kau tu??! Perlu ke? Kau tahu ke hati aku ni dah macam kena kisar. Hancur sehancurnya kerana kau! Susah ke kau nak berkata jujur pada aku??!

Aku minta dilepaskan. Tapi kau tetap tak nak lepaskan aku. Kau cakap apa pun yang terjadi kau tak nak putus dengan aku! Kau ugut aku. Kau cakap kau nak bunuh diri kalau aku tinggalkan kau. Tapi kau pernah fikir hati dan perasaan aku?? Bila aku tanya kau cakap kau tahu. Kau merahsiakan status diri kau sebab kau tak nak hilang aku dan kau cakap kau betul-betul sayangkan aku. Aku  suruh kau fikirkan keluarga dan tuning kau. Tapi kau tetap berdegil. Kenapa? Susah sangat ke kau nak lepaskan aku? Lagi kau simpan aku lagi parah hati aku. Kau tetap degil. Kau suruh aku yakin dengan takdir KITA! Aku tak faham. Kenapa kau masih mempertahankan cinta kita sedangkan tunangan orang??? Aku dah hilang keyakinan pada takdir kita. Sebab aku bukan siapa-siapa dalam hidup kau. Aku Cuma kekasih. Tapi dia tunangan kau. Dia lebih penting untuk kau dari aku. Kau menjadi lebih buntu. Lalu kau bertanya pada aku. Sanngupkah aku hidup bermadu?. Aku hanya beristighfar. Aku tidak akan membuat keputusan terburu-buru. Bukan senang hidup bermadu. Macam- macam dugaan. Senang-senang kau bertanyakan soalan sebegitu kepada aku. Fikirkan lah.

Aku rela undur diri. Sebab aku tak nak jadi perampas dalam hubungan kau dan dia. Aku rasa bersalah lalu aku terus beristighfar. Aku minta petunjuk pada Allah. Aku buntu. Kerana perasaan serba salah aku, aku terus toreh tangan aku. Memang bodohnya aku. Disaat itu aku bermohon pada yang Maha Esa, ‘Ya Allah ampunkan dosaku. Tiada niat di dalam hati aku ini untuk terus menyakiti hati orang lain atau merampas hak orang lain. Cuma aku teraniaya. Aku terjerat dalam cinta yang tiada membawa manafaat pada diriku.’ Makin lama makin banyak kutoreh tangan ku. Darah mula mengalir keluar. Walaupu sakit, aku puas. Namun aku cuba untuk berhenti menoreh tangan ku, tapi aku gagal. Makin lama makin pantas aku menoreh. Setelah benar-benar puas, aku berhenti. Air mata terus mengalir keluar laju. Pada malam itu hanya kedengaran tangisan aku sehingga ke pagi. Disaat itu aku redha atas apa yang telah berlaku kerana ku tahu walau cinta aku ini terlalu mendalam untuk dirimu, kalau kau bukan milikku, kau tetap bukan milik ku......

ANDAINYA AKU TAHU.....




Andainya aku tahu cinta ini menyakitkan, tidak aku sentuh ia....

Andai aku tahu cinta ini hanya sia-sia, tidak aku terus mengharapkannya..

Andai aku tahu cinta ini hanya untuk dipermainkan, tidak aku terus menyanjunginya..

Andai aku tahu cinta ini hanya derita semata-mata, tidak aku terus mendambakannya..

Andai aku tahu cinta ini hanya untuk sementara, tidak aku terus menantikannya..

Andai aku tahu cinta ini penuh dengan sandiwara, tidak aku terus setia untuknya...

Anadai aku tahu cunta ini diiringi dengan air mata, tidak aku terus pertahankannya..

Andai aku tahu cinta ini hanya menambahkan luka dijiwa, tidak aku mendekatinya dan menerimanya..